RM 5..
i received this from a fren of mince..
and its the story of money..money...money...
Jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut-hinjut
toyota ini dilambung graviti. Ery duduk disebelah sudah berapa kali
bangun tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi,
bercampur-campur. Sekejap radio perak, sekejap kedah mengikut lambungan kereta
lagaknya.
Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu
perkampungan nelayan yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka
yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya
tidak berseluar langsung,geli. Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi
salam. Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang.
Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat
kasar. Mengeluarkan bunyi seperti kerbau. Perempuan sial, sopannya cuma
didepan jantan,tersipu-sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini
cuma tahu bersolek dan berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti
perempuan baru beranak,t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng
dan rambut usai seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan
masam.
Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru
sampai dari laut disambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery
sudah separuh menggelepar diluar meliar mata mencari Shafik,
tunangnya. Aku duduk sahaja di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir
seperti ini. Beberapa gadis bertudunglabuh lalu dengan menaiki basikal dan
memberi senyuman. Aku menghempas pintu serta merta. Memang benar.
Perempuan kolot seperti mereka itu, patutdijerukkan saja di tempat busuk ini.Tolol!
Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap
belakang. Aku sedikitmarah, mengetap bibir.
"Nak apa?!" A
Dia terketar terkejut, sedikit berundur.
" Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci
kereta.."
Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke
kakinya, tertib dan seperti takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun
dengan tuala koyak di bahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma
dibutang dua menampakkan dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar
hijau pudar senteng. Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang
reput. Menjijikkan!
" Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta
aku,tahulah macamana aku nak ajar kau!!"
Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah
tersengih-sengih meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk
pula bersimpuh,membelai-belai rambut. Boleh pula kaki
yang asyik duduk terkangkang di rumah itu di tutup rapat.
Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima
kasih. Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah.
Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus
sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial! Aku
mengalihkan mata ke pantai. Peraih berdekah ketawa menepuk-nepuk belakang
nelayan kurus itu. Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum
pahit. Menyelitkannya di celahkopiah. Itulah, siapa suruh
kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai,masuk universiti dan kerja besar.
Tidaklah hidup susah seperti itu. Bodoh!!
" Sudah nak!!" Pakcik itu datang setelah 20 minit.
Aku sudah malas hendak memandangnya, dan kuhulurkan sahaja RM 5. Aku
rasa itu sudah cukup lumayan untuk fakir seperti dia.
Cepat-cepatlah dia pergi. Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan
menangis tersedu-sedu. Menambahkan kerut dan mengelapmata dengan hujung
kemejanya.
"Kenapa ni? Gila?!"
" Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik
kerja memetik kelapa,mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci
kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun
hanya seringgit." Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku.
Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang
tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini.
Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru
muda. Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah
sekumpulan nelayan. Aku memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna
kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras
diselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah.
Bekerja seperti orang gila untuk duit. Biarlah,kalau
aku mahu bantu, ramai lagi diluar sana. Lupakan saja..
Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ.
Hampir 10 minit aku melayan meluat- melihat Ery yang tersipu-sipu
menggagau mee dengan sudu dan garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi
kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. Hairan, takkanlah
dengan wang RM 5 dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil.
Atau dia memang ada duit tapi,berlagak seperti fakir. Mungkin..
Dengan rasa ragu, aku menghapirinya. Dia memberi senyum lembut dan
akudengan rasa curiga bertanya terus.
" Eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan
dapat beli barang sebanyak ini?" .
Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti
terkejut. Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air
liur. Meletakkan dua beg plastik di atas tanah, membukanya satu satu,
perlahan-lahan dan terketar.
Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu
mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka simpulannya.Wang aku tadi, masih
terlipat kemas.
" Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup
seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung
melihat kami. Ambillah ini semula. Pakcik juga punya maruah.
Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura,
menipu orang. Harga diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik
seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum
pakcik sebagai orang tual sial yang berpura-pura susah.Ambillah semula,nak."
Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku
menolak, berkali-kali. Aku sudah menangis, meminta maaf,
berkali-kali. Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki.
" Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu
perlu, tapi jangan sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan
sampai duit menjadikan kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat
nelayan memunggah ikan.
Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang
sudah dibuang ke tepi.Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup
anak-anak pakcik, jangan sampai kelaparan, jangan mati."
Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar
dengan pukulan ombak.
Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan
wang lima ringgit di hujung kaki, dua plasik berisi ikan busuk yang
sudah mula dihurung lalat.
Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai
wang yang boleh membeli segala kemewahan dunia. Cuma aku belum mampu
membeli sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu.
*"jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah
utk menyukai apa yang kita dapat.." *SoMeTiMeS GoOd PeOpLe Do EvIl ThiNgs....
well...have u read that?? i guess...u know...the value of money nowadays...
ppl thought money is the solution for all problems in this world..
but hell no!!...dont put money the same level with ur value of life...its such a disgrace!!
when u have more and more money..u will tend to put ur pride and dignity 1st..
u think u are better person than others..with more money...*sigh*..
what happen to this world???? is this the end of the world ?? (we are "umat terakhir" in this world..plzz remind that..)..i guess so...be prepared!!!!....
Read more